Friday, January 14, 2011

Mandi pagi

Hi makcik pakcik, adik kakak abg tuan puan..

Hari ni terfikir pulak nak bgtau korang tentang KHASIAT mandi pagi. haa... mesti ada yang tak tau apa sebab orang tua-tua dulu-dulu punya kata-kata suruh kita-kita mandi pagi-pagi..eheh

Korang jangan ikut lagu yang masa kecik kita dok nyanyi-nyanyi tu. "Bangun pagi.. gosok gigi... cuci muka.. pakai baju....minum susu ..makan roti..semua orang suka hati...."

Haaaaah... korang perasan tak takda pun part mandi kan? sebab tu Sheila cakap jangan diikut lagu tu... hohoho mana ada semua orang suka hati kalau kita tak mandi. tipu

Cara-cara mandi korang tau tak? Kenapa mak-mak kita suruh kita mandi kaki dulu br anggota badan yang lain.. Salah satu sebabnya adalah supaya keluar haba panas badan kita ..Kena menjirus badan tu mula dari kaki ke atas. bukan kepala ke bawah atau bahu ke tangan, atau tangan ke kaki..semua bukan eh.. caranya mestilah dari kaki keatas (mengikut pengetahuan Sheila, betulkan kalau salah yer, ini adalah sunnah Nabi S.A.W.. bagus kalau ikut sunnah ni, dpt pahala ;))

okay...khasiat mandi pagi ni adalah seperti berikut ye puan-puan:


1. Awak nanti akan rs SEGAR. hahah.. of course la kan kalau mandi rasa segar. Tapi mandi pagi ni rasa segar dia lain tak sama mcm yg kita selalu buat, mandi tengahari. hehe (kalau x, bagus la..;))

2. Awak akan rasa tiba2 je "eh, dah kurang lah batuk, sakit tekak, demam selsema dan sakit kepala" eceh...... takkan cakap mcm tu kan. panjang pulak.. tapi tu lah khasiatnya *saja je buat dalam bentuk bermonolog..hehe*

3. Mandi pagi juga dapat melancarkan peredaran darah, dan mengawal tubuh dari simptom-simptom penyakit tertentu sebab mandi pagi kan sejuk, jadi dengan air sejuk tu ia bertindak 'mengejutkan' sistem imunisasi dan mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan.

4. Kalau awak tengah stress, air yang sejuk mejuk tu boleh menghilangkan rasa stress itu kerana ia boleh meredakan ketegangan. Jangan pulak lepas baca blog i ni terus pegi mandi air sejuk sebab stress singgah blog ni..grrrr..

5. Ia juga boleh mengecilkan saluran darah dan juga meningkatkan paras gula dalam darah. bertentangan dari air hangat. Jadi kalau awak berpenyakit diabetes tidak disarankan untuk mandi air sejuk. Air hangat boleh! ;)

6. Ia juga boleh menghilangkan BAU-BAU-an air liur basi, ketiak yang mashem, dan rambut yang hapak (ini facts tambahan. ..nghehe) *benefits yang ini boleh dapat tak kira mandi waktu bila. ;p*

7. Selain fakta yang CLICHE kat nombor 6 tadi (budak kecik pun tau mandi boleh kasi wangi hukhuk), mandi pagi ni juga dapat memberi tenaga kepada mereka yang mengalami masalah keletihan, mengurangkan serangan jantung dan strok. Tenaga yang diberi oleh mandi pagi ni bukan tenaga yang macam superpower k. ahah

8. Meningkatkan sel darah putih. dah tulis belom eh tadi? takpela

9. Menurut kajian dari Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di
London, amalan mandi air sejuk ni boleh meninggalkan kesan DRAMATIK.
*fuyOOoooo* termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang
membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.
(sila abaikan tulisan yang jarak nye bersepah2 ni sbb dah cuba berkali2 tak tau nk edit. lol)

Mesti lepas ni ramai mandi pagi kan.. *cakap sambil angkat2 kening sambil senyum sampai ke telinga*

Kalau malas mandi pagi, mandi tengah hari ke petang ke pun takpela. korang jugak yang busuk, tapi
kalau dah malas jugak haaaaaaa..... ni yang nak tolong nih.
Kalau korang tak mandi kan kadang2 bau busuk sampai lalat pun dah kerumun. tapi kalau korang dah sampai tahap buat-buat tak paham lalat tu sindir, korang bolehlah cuba tips ni.


Tips hari ni :
Lap badan dengan wet tissue atau pun basah2 kan tangan n lap kat badan sikit supaya rasa lebih segar. KETIAK jangan lupa lap. HAHAHAH.. Muka mesti basuh supaya takda air liur basi yang bersepah kat muka. huhu.. untuk rambut pula, kalau dah berat berminyak dan hapak sampai pening kepala korang .hohoho... ni tak bleh handle, sebab Sheila penah buat *okay..confession of the day* hahahaha... (tapi jangan risau sebab Sheila takkan keluar rumah kalau tak cuci rambut. serious. ;p) Caranya letak bedak kat rambut banyak2 sampai korang rasa ringan kepala tu. wangi pun wangi.. tapi jangan lah korang biar putih rambut tu.. tepuk2 sikit biar nampak normal sikit. tak lah nampak beruban macam pelakon cuba jd atok kt tv tu! haha



Tapi kalau korang rajin dan terlebih rajin untuk mandi bolehlah cuba tips ni


Tips hari ni :
Penuhkan air suam dalam bathtub kat rumah atau hotel, x kisah lah kalau korang nak penuhkan dalam coffin pun boleh.. hehe bunyi macam best je bahasa inggerisnya. Pastu masukkan bunga mawar. Berendam dalam air suam yang dipenuhi kelopak mawar ni bagus sebab bunga mawar ni sebenarnya mempunyai aura dan energy yang tinggi. Secara tak langsung boleh membangkitkan mood seseorang.

Pakai tub bulat camni pun x salah
( tangki air kalau ada lebih pun boleh pakai ;p )


Kalau awak2 nak cuba, pegi beli bunga dulu. Kalau dah ada kat laman rumah petik je biar takde bunga lagi. To all ladies out there, kalau dah petik and mak korang membebel n tanye cakap je nak mandi bunga sebab nak naikkan seri biar cepat orang datang meminang. Mesti mak korang cuak. tak pun pikir korang buang tebiat. ngehee

Firstly, campurkan kelopak mawar dengan bunga-bunga yang lain kat dalam bathtub, n then tuangkan ckit baby oil dengan beberapa titis pure rose essential oil.

haa... tabur-tabur bunga camni.. taburr...baling

Rendamkan badan kat dalam bathtub tadi selama 30 minit dan berehatlah! Tujuannya adalah bagi aura dan energy bunga mawar itu berpindah ke tubuh badan kita . Konon-konon macam aura seri lah.. hehe. so lebih segar, bersemangat dan berseri.

Kalau nak bangkitkan aura seri boleh lah berendam dengan bunga, tapi kalau korang nak ada aura Mawi jangan terfikir nak bawak Mawi pergi berendam pulak yer.. hhohooho


Selamat mencoba..;)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...