Hai semua...sihat? alhamdulillah, demam n sakit tekak Sheila dah pun baik. Selepas lebih dari seminggu Sheila demam, n suara yang sgt x ok. Dari Sheila seorang sahaja yg demam sampai lah satu family Sheila demam. Mungkin berjangkit kot! ;)
Tapi sekarang dah ok.. dah boleh jerit mcm tarzan. hehe!
Sheila sbnrnya dh lama type entry ni, tapi x publish sampai sudah. Tajuk tu x tahan! skema gila?skema pun skema lah.. apa lah salahnya sesekali dengan tajuk yang mcm tu kan.. takkan dalam karangan sekolah je kot. ;p
Sheila sebenarnya nak cerita tentang hari "amazing race" Sheila hari tu. Fuh, sangat dasyat nak tau kenapa? haaaa...
Ceritanya macam ni, ada satu hari tu Sheila dapat call, panggil Sheila untuk satu show.. yang bestnya show tu hanya diberitahu sehari sebelum petang plak tuh. gile lastminute! tapi ok lagilah, its not like 1/2 jam lagi nak show tu pun kan.LOL.. Nasiblah Sheila ni tak ada aktiviti lain melainkan plan nak pegi tengok wayang yang tak berapa nak penting tu. Jadi setelah keputusan dibuat Sheila accept jugak show tu. Sheila pun cari lah minus one yang selayaknya untuk show tu sbb buat kat hotel and dihadiri menteri. Bila dah habis sheila pun tidolah. Syok je tido and PARMMMMM! 'just gonna stand there and watch me burn' si rihanna nyanyi kat tepon Sheila menandakan ada call. OMG!!! GUESS WHAT??? show start pukul 12 tghari dan jam menunjukkan pukul 11.30! SERIOUS INI GILA! mana sempat nak make up, prepare baju and set rambut! oh... sangat gila.. Sheila pun call abg tu cakap yang kalau nak suruh sampai pukul 12 memang tak sempat . yelah memandangkan kat kl ni manalah ari yang tak ada traffic jam lagi-lagi hari bekerja. Kat tengah-tengah town pulak tu. mana nak make up nya lagi.. ish! Yang bestnya sebab Sheila prepare schedule Sheila untuk buat itu dan ini untuk show yang pukul 3. Sangat hebat bukan timenye lari?hrmm.... bagus kau Sheila bangun lambat lagi!
Nsib lah abg tu pun x gelabah and dia suruh Sheila siap je and dia try arrange kan Sheila nyanyi last, so Alyah dengan Anding akan jalan dulu. Sheila pun mandi la and cuba wat base make up. In the meantime Sheila call my friend mintak datang untuk tolong bawakkan Sheila sebab P.A Sheila duduk jauh sikit dari rumah. Nak tggu dia datang lagi satu hal. So panggil yang terdekat je la.. and yes, teman itu jadi mangsa. haha! *terima kasih teman ku sayang* hohohoho
Dah siap je baju and make up yang tak berapa nak siap, Sheila turun and naik kereta berdezupppp kau kereta jalan. Memang la kena bawak laju nasib lah kalau kena saman sekalipun. Yang penting kena sampai on time. dalam masa 30 minit. mandi, make up and kereta bergerak ke hotel( mesti korang pk sheila mandi kerbau je masa part yang mandi tu kan? atau lebih teruk lagi pk Sheila x mandi. euww MANDI ohkayyyy). Jadi sementara dalam perjalanan u, Sheila pun siap kan la make up yang macam wayang cina tadii tu sebab x siap. dan daannn Hambik kau! jam sana sini. Sabar je la.. Jam pun dah menunjukkan pukul 12.30. Abg tu call and beritahu yang menteri belum sampai jadi show pun belum start. lega sikit.
Dah nak sampai ke Times Square tu, abg tu call lagi dia cakap yang Alyah dah masuk lagu kedua, okay lah.. berdegup2 jantung ni sempat ke tak. Pastu nak dekat abg tu call lagi Anding punya turn da sampai . Dekat situ je dah berapa lama sebab jam, sampai lah Anding nyanyi lagu nya yang kedua. OH #%^#! Ini tak boleh jadi. dah nampak Times Square tapi x sampai lagi. Sheila pun apa lagi, Sheila pun turun lah dari kereta di depan hotel Melia tu, sebab depan tu jam lagi,.. Turun je, haa... bermulalah sesi berlari2 macam orang-orang yang masuk "amazing race" tu tapi version Sheila dasat sebab pakai baju kilat-kilat,bermake up and bulu mata bagai and pakai boots! korang bayangkan!!!! tak ke buruk tu! haaaaaaa....sheila berlari di escalator dekat lrt station tu, sambil di 'suwitttt-suwitt' oleh mat2 bangla kat situ(dun noe how to spell it but thats the sound anyway)LOLOLOL.....
Ok lah, dah sampai part berlari2 tu, Sheila pun menggagau cari macam mana lah nk masuk ke Times Square dari situ. serious x penah naik ke atas tu. Sheila pun call kawan sheila and dia ajar the directions. huh! Sheila sambung larian marathon iteww and taraa.... dah sampai ke times square and u noe wat?? SAYA TAK TAU MACAM MANA NAK PEGI KE HOTEL DARI SITU! serious gila kan? lari punya lari, turun naik escalator ,lalu Sheila pun macam diberi bayangan dulu jalan-jalan kat situ and ternampak pintu hotel dalam bayangan tu..(macam flashback kat movie tu). *sebenarnya tanya salesgirl kat situ.huhu
Lari punya lari sampai semua org tengok sambil buat muka pelik, dan nampak lah pintunya kat mana. and lagi satu halangan, tau apa?? PINTU HOTEL TAK BOLEH BUKAK SEBAB SAYA BUKAN GUEST HOTEL. damn! cuba untuk buat bahasa isyarat kat org dalam hotel supaya bukak pintu tu.. ada ke patut kena pakai card, tak ke menyusahkan org macam saya. ish! bukan ada orang bukak pun mula2 walaupun dah buat macam-macam bahasa isyarat. Sampai la ke satu saat ada org nak keluar dari situ (orang tu wat muka belagak gila mcm dia superhero sebab mmg ramai tgh tggu dia bukak pintu untuk keluar dan masuk. serious tak tipu!kahkahkah)
Sheila menyelinap di sebalik orang berebut itu dan pergi ke lift tekan butang 14. tempat majlis itu berlangsung and sampai je ke tempatnya, abg yg Sheila dok sebut2 dari tadi tu sambut and pergi ke backstage.. Anding pun keluar dari depan bermakna dia punya turn dah habis. now,IT'S MY TURN!! phhewwwww... nasib sempat sampai! jantung ni berdegup macam nak gugur jantung, rasa mcm jantung yang berdegup masa lari selaju mungkin masa pemilihan pelumba lari utk sukan tahunan kat sekolah dlu2( walaupun sangat impossible untuk saya terpilih sebab gila lembab!) LOL! Tarik nafas dalam-dalam bak kata cikgu Adnan Abu Hassan ajar saya dulu dan Sheila pun pergi lah kedepan stage untuk perform. Settle!Fuh... sadis betul hari tu. Banyak betul PANCAROBA. hahaha!
TAK HABIS KAT SITU GUYSSS.. turun je stage nak balik, org kerja hotel kat situ dengan selambanya bukak pintu hotel yang besar dan berat itu DBAAMMMM and yes, Sheila kat BELAKANG TU. huwaaaa... kena lagi! malang betul hari tu ;(
No comments:
Post a Comment