Tuesday, January 5, 2016

Tahun baru Lagu baru!

Finally... i got the courage to update my blog. Walaupun last post adalah bulan 5 tahun 2012.  DUA RIBU DUA BELAS okay... okay,tau. sangat lama! hahaha

Okay. Let's just get straight to the point. Post kali ni adalah berkaitan perkembangan terbaru career Sheila. Mungkin ada yang tertanya-tanya masih wujudkah Sheila Abdull? hehe. 

Ya, Sheila masih menyanyi.
Ya, Sheila masih lagi buat persembahan jemputan,

dan YA, Sheila ada LAGU BARU :) 





Sedikit info mengenai lagu baru ini:

Ianya dicipta oleh Ammar Habir gitaris dari kumpulan DramaBand dan sentuhan lirik pula oleh penulis yang sangat Sheila hormati iaitu Habsah Hassan. Penglibatan kedua-dua insan berbakat ini dalam lagu 'KATA HATI' membuatkan ramai yang tertanya-tanya kenapa Ammar Habir, dan kenapa Habsah Hassan.

Apa yang Sheila boleh katakan adalah gabungan karya mereka menghasilkan lagu yang indah. Lagu yang tidak terlalu berat dan tidak juga terlalu light untuk Sheila bawakan. Lagu yang senang terbuai dan mesej yang dibawakan didalam lirik ini juga mudah difahami dan situasi yang seringkali terjadi di sekeliling kita.

Sedikit intro tentang komposer untuk lagu ini iaitu Ammar Habirpicking up composer yang telahpun bekerjasama dengan ramai juga artis di Malaysia. Antara karya terbaru beliau selain dari 'Kata Hati' adalah lagu untuk peserta dari program Mentor, iaitu Sarah Fazny dan juga Sandra. Tentang penulis lirik bagi lagu ini pula adalah seorang pengkarya who needs no introduction in this music industry. Penulis yang sangat hebat dalam menghasilkan lirik-lirik yang mudah menyentuh hati dan minat orang yang mendengar karya-karya beliau. Karyanya yang paling Sheila minati adalah didalam lagu-lagu nyanyian seniman negara kita iaitu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Kesempatan untuk bekerjasama dengan beliau adalah such a great honour for me yang masih dikirakan baru compared to her yang sangat lama didalam industri muzik tanahair.

Okay. back to the topic kita untuk post ini. 'Kata Hati'. Gambar bagi promo cover dan juga lirik video bagi lagu ini, Sheila mendapatkan khidmat photographer berbakat yang meningkat naik iaitu Nizarhafiz Mustafa dan untuk styling pula sheila mendapatkan khidmat Addin Ahmad. Sheila personally sukakan hasil kerja kerjasama antara mereka kerana kedua-duanya mempunyai mata yang cerewet. Jadi yang Sheila pandang, cerewet jika diletakkan di dalam urusan kerja sangat positive outcomenya kerana akan hasilkan product yang baik. Thanks guys ;D

Konsep lirik video Kata Hati ini sememangnya agak lain sedikit jika dibandingkan dengan lirik-lirik video yang sedia ada. Konsep dan idea lirik video itu sengaja di keluarkan untuk membuat kelainan dan dibuat bersesuaian dengan lagu ini. Tunggu VIDEO CLIP yang official akan dibuat dalam masa terdekat. Jadi.....

Untuk anda semua penggemar karya muzik tanahair, lagu ini sudah pun dihantar ke radio-radio dan anda semua dah boleh lah request lagu 'KATA HATI' di stesen-stesen radio kegemaran awak semua ya kesayangan semua!

Baiklah. to end this post, Sheila masukkan sekali LIRIK VIDEO, lirik, dan downloading codes untuk caller ringtone bagi lagu 'Kata Hati'. ;)

Thanks for listening! much love, XOXO







KATA HATI


Di dalam hatiku..hanya ada kami
Hanya dia dan aku..sudah memadai
Mata jadi terkatup..telinga tak mendengar
Dunia luas menguncup demi cinta
Telah tertutup minda
Tumpuan padanya saja


C/O* Mengharap cintanya..rela terpenjara
Seperti boneka.. diri diperhamba
Turut kata hati..kugalasi kini...bebannya oh..oh..
(REPEAT PARA 1 AND CHORUS)


Terdengar sebak suara.. kata-kata ayah ibu
Dan nasihat kawan-kawanku dulu
Ketika itu..siapa saja (cuba) menghalangi
Aku hindari..oh..oh..
Tiada ..kupeduli..kerana.. hati


C/o* Mengharap cintanya..rela terpenjara
Seperti boneka.. diri diperhamba
Turut kata hati..kugalasi kini...bebannya oh..oh..
( to end:- .. semua kerana
kata hati..... )




KOMPOSER: Ammar Habir
LIRIK: Habsah Hassan (10 Jun’15)
PENYANYI : SHEILA ABDULL









DIGITAL CODES FOR KATA HATI

Follow the steps to subscribe! 

MAXIS Caller Ringtones 
Dial *131*496468# dan tekan CALL/SEND (Chorus) 
Dial *131*496469# dan tekan CALL/SEND (Verse )
Dial *131*496470# dan tekan CALL/SEND (Bridge)

CELCOM Call Me Tones 
Dial *118*254500# dan tekan CALL/SEND (Chorus) 
Dial *118*254501# dan tekan CALL/SEND (Verse)
Dial *118*254502# dan tekan CALL/SEND (Bridge)

DIGI Caller Tunes 
Taip CT 0482136 dan hantar ke 2000 (Chorus) 
Taip CT 0482137 dan hantar ke 2000 (Verse )
Taip CT 0486138 dan hantar ke 2000 (Bridge)

DIGI True Tunes 
Taip CT 1271562 dan hantar ke 2000 (Chorus) 
Taip CT 1271563 dan hantar ke 2000 (Verse)
Taip CT 1271564 dan hantar ke 2000 (Bridge)

DIGI Full Song 
Taip CT 1271534 dan hantar ke 2000 (Full Song)

U-MOBILE Colour Tones 
Dial *118*5*2*5166680# dan tekan CALL/SEND (Chorus) 
Dial *118*5*2*5166681# dan tekan CALL/SEND (Verse )
Dial *118*5*2*5166682# dan tekan CALL/SEND (Bridge)





2 comments:

Unknown said...

sheila..
i love your voice
teruskan menyanyi.. sy menanti lagu2 awak..

NUR FARIZA UMAIRA said...

patut la best lagu ni.. sheila yg nyanyi rupa2nya.. mula2 cari x jumpa, so tulis lirik kat google, hasilnya saya jumpa entri blog ni.. tahniah utk lagu baru ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...