Showing posts with label lagu baru. Show all posts
Showing posts with label lagu baru. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

Tahun baru Lagu baru!

Finally... i got the courage to update my blog. Walaupun last post adalah bulan 5 tahun 2012.  DUA RIBU DUA BELAS okay... okay,tau. sangat lama! hahaha

Okay. Let's just get straight to the point. Post kali ni adalah berkaitan perkembangan terbaru career Sheila. Mungkin ada yang tertanya-tanya masih wujudkah Sheila Abdull? hehe. 

Ya, Sheila masih menyanyi.
Ya, Sheila masih lagi buat persembahan jemputan,

dan YA, Sheila ada LAGU BARU :) 





Sedikit info mengenai lagu baru ini:

Ianya dicipta oleh Ammar Habir gitaris dari kumpulan DramaBand dan sentuhan lirik pula oleh penulis yang sangat Sheila hormati iaitu Habsah Hassan. Penglibatan kedua-dua insan berbakat ini dalam lagu 'KATA HATI' membuatkan ramai yang tertanya-tanya kenapa Ammar Habir, dan kenapa Habsah Hassan.

Apa yang Sheila boleh katakan adalah gabungan karya mereka menghasilkan lagu yang indah. Lagu yang tidak terlalu berat dan tidak juga terlalu light untuk Sheila bawakan. Lagu yang senang terbuai dan mesej yang dibawakan didalam lirik ini juga mudah difahami dan situasi yang seringkali terjadi di sekeliling kita.

Sedikit intro tentang komposer untuk lagu ini iaitu Ammar Habirpicking up composer yang telahpun bekerjasama dengan ramai juga artis di Malaysia. Antara karya terbaru beliau selain dari 'Kata Hati' adalah lagu untuk peserta dari program Mentor, iaitu Sarah Fazny dan juga Sandra. Tentang penulis lirik bagi lagu ini pula adalah seorang pengkarya who needs no introduction in this music industry. Penulis yang sangat hebat dalam menghasilkan lirik-lirik yang mudah menyentuh hati dan minat orang yang mendengar karya-karya beliau. Karyanya yang paling Sheila minati adalah didalam lagu-lagu nyanyian seniman negara kita iaitu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Kesempatan untuk bekerjasama dengan beliau adalah such a great honour for me yang masih dikirakan baru compared to her yang sangat lama didalam industri muzik tanahair.

Okay. back to the topic kita untuk post ini. 'Kata Hati'. Gambar bagi promo cover dan juga lirik video bagi lagu ini, Sheila mendapatkan khidmat photographer berbakat yang meningkat naik iaitu Nizarhafiz Mustafa dan untuk styling pula sheila mendapatkan khidmat Addin Ahmad. Sheila personally sukakan hasil kerja kerjasama antara mereka kerana kedua-duanya mempunyai mata yang cerewet. Jadi yang Sheila pandang, cerewet jika diletakkan di dalam urusan kerja sangat positive outcomenya kerana akan hasilkan product yang baik. Thanks guys ;D

Konsep lirik video Kata Hati ini sememangnya agak lain sedikit jika dibandingkan dengan lirik-lirik video yang sedia ada. Konsep dan idea lirik video itu sengaja di keluarkan untuk membuat kelainan dan dibuat bersesuaian dengan lagu ini. Tunggu VIDEO CLIP yang official akan dibuat dalam masa terdekat. Jadi.....

Untuk anda semua penggemar karya muzik tanahair, lagu ini sudah pun dihantar ke radio-radio dan anda semua dah boleh lah request lagu 'KATA HATI' di stesen-stesen radio kegemaran awak semua ya kesayangan semua!

Baiklah. to end this post, Sheila masukkan sekali LIRIK VIDEO, lirik, dan downloading codes untuk caller ringtone bagi lagu 'Kata Hati'. ;)

Thanks for listening! much love, XOXO







KATA HATI


Di dalam hatiku..hanya ada kami
Hanya dia dan aku..sudah memadai
Mata jadi terkatup..telinga tak mendengar
Dunia luas menguncup demi cinta
Telah tertutup minda
Tumpuan padanya saja


C/O* Mengharap cintanya..rela terpenjara
Seperti boneka.. diri diperhamba
Turut kata hati..kugalasi kini...bebannya oh..oh..
(REPEAT PARA 1 AND CHORUS)


Terdengar sebak suara.. kata-kata ayah ibu
Dan nasihat kawan-kawanku dulu
Ketika itu..siapa saja (cuba) menghalangi
Aku hindari..oh..oh..
Tiada ..kupeduli..kerana.. hati


C/o* Mengharap cintanya..rela terpenjara
Seperti boneka.. diri diperhamba
Turut kata hati..kugalasi kini...bebannya oh..oh..
( to end:- .. semua kerana
kata hati..... )




KOMPOSER: Ammar Habir
LIRIK: Habsah Hassan (10 Jun’15)
PENYANYI : SHEILA ABDULL









DIGITAL CODES FOR KATA HATI

Follow the steps to subscribe! 

MAXIS Caller Ringtones 
Dial *131*496468# dan tekan CALL/SEND (Chorus) 
Dial *131*496469# dan tekan CALL/SEND (Verse )
Dial *131*496470# dan tekan CALL/SEND (Bridge)

CELCOM Call Me Tones 
Dial *118*254500# dan tekan CALL/SEND (Chorus) 
Dial *118*254501# dan tekan CALL/SEND (Verse)
Dial *118*254502# dan tekan CALL/SEND (Bridge)

DIGI Caller Tunes 
Taip CT 0482136 dan hantar ke 2000 (Chorus) 
Taip CT 0482137 dan hantar ke 2000 (Verse )
Taip CT 0486138 dan hantar ke 2000 (Bridge)

DIGI True Tunes 
Taip CT 1271562 dan hantar ke 2000 (Chorus) 
Taip CT 1271563 dan hantar ke 2000 (Verse)
Taip CT 1271564 dan hantar ke 2000 (Bridge)

DIGI Full Song 
Taip CT 1271534 dan hantar ke 2000 (Full Song)

U-MOBILE Colour Tones 
Dial *118*5*2*5166680# dan tekan CALL/SEND (Chorus) 
Dial *118*5*2*5166681# dan tekan CALL/SEND (Verse )
Dial *118*5*2*5166682# dan tekan CALL/SEND (Bridge)





Saturday, February 20, 2010

♥ New status ♥

HOla....
Perkembangan terbaru, Sheila sebenarnya baru sahaja merakamkan single terbaru Sheila di Bandung baru2 ni..Pengalaman yang menarik sebab dapat bekerja dengan orang2 bukan senegara, bekerja di tempat orang dan juga melawat tempat orang. Alhamdulillah walaupun ada masalah di sana sini, tapi semua berjalan dengan lancar, lagi2 Sheila dibantu oleh Purple Dot Agency, company yang managing my career...

So far,lagunya dah pun didengarkan dengan teman2 rapat,dan komen yang Sheila dapat sangat memberangsangkan.. YES! hahaha....x sabar nk kasi u all dengar lagu terbaru Sheila. Tunggu k lagu tu keluar kat radio!! Hopefully, dapat diselesaikan semua proses dengan cepat.

Anyway,kali ni bukan nak menceritakan dengan u all tentang lagu sahaja, tapi tentang kehidupan baru sheila sebagai STUDENT.

Sheila sekarang dah pun melalui fasa baru sebagai pelajar universiti. Seronok sebab dapat ilmu,banyak kawan baru dan dapat kenal pelbagai laku manusia kat dunia ni. Hmmm, mula2 dulu lepas SPM, memang Sheila planning nk further study n ada apply kat universiti, dalam bidang muzik. Tapi memandangkan masa tu Sheila dapat peluang daripada Abg D (Adnan Abu Hassan) untuk menjadi artis rakaman terpaksa la Sheila tangguhkan hasrat tu dulu.

So Sheila melalui fasa bekerja dulu,kutip pengalaman sebelum continue study. Tapi hasrat nak further study tu x lah mati kat situ je. Thank God sebab akhirnya sampai juga masa Sheila untuk Sheila kembali jadi STUDENT.

Masa mula2 nak ambil keputusan nak belajar tu, banyak dugaannya, hanya Allah yang tahu. Tapi in the end, semua dugaan alhamdulillah dapat Sheila hadapi dengan bantuan Allah S.W.T. Yalah, setiap cubaan untuk melakukan kebaikan, pasti ada dugaannya.. Sheila rasa dapat hembus nafas selega2nya bila dah lepas semuanya. Syukur Tuhan masih sayangkan sheila.

Ok...panjang pulak celotehnya..haha!

Nak dipendekkan cerita,Sheila sekarang dah menjadi pelajar di "Management and Science University" yang terletak di seksyen 13 Sham Alam dalam jurusan Diploma in Event Management. Tapi sekarang Sheila kena bekerja lebih keras lah,memandangkan dah pegang 2 status sekarang iaitu sebagai pelajar dan juga penyanyi. At least, Sheila dapat ilmu di university dan ilmu di luar bila bekerja. ♥

Attached is some of the pictures from my photo album sepanjang orientation week Sheila di MSU.

First day orientation..hahaha!Serious look..



allright,see u guyz on my next post...muahsx!

XOXO ♥,
Sheila

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...