Monday, August 2, 2010

Masih Di sini

بسم الله الرحمن الرحيم

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sesungguhnya kata-kata Allah itu benar.. Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam pembalasan.

Alhamdulillah..

Kata-kata nasihat yang dilemparkan oleh seorang teman mlm td membuatkn hari ni Sheila lebih tenang.. Walaupun semalam agak terganggu gara2 'berita' yang 'sebegitu rupa'...

Sheila tak pernah berhadapan dengan situasi ini. Syukur, keluarga dan orang terapat masih mempercayai dan menyokong Sheila..Dan harap-harap Sheila tak kan berhadapan lagi dengan perkara sebegini.

Lagipun Sheila ada target. Bukan selamanya nak menyanyi.. Satu hari nanti Sheila akan tinggalkan industri, dan Sheila tak nak tinggalkan dengan ingatan yang buruk terhadap Sheila.. :'(

Kalau Sheila ada buat salah tanpa disedari, Sheila minta maaf.. Mungkin Sheila pernah mengecilkn hati org tanpa disedari..

Kdg2 kita tak sedar perbuatan kita membuatkn org tersinggung.. Lanjutan itu lah yang boleh menimbulkan dendam.. Dendam itu yang menghasilkan fitnah.. Fitnah itu yang membawa kehancuran..

Lalu balik kepada asalnya, memaafkan adalah ubat hati yang terbaik..

OKAY lah.

Hari ni Sheila ada recording Raya bersama Radio Muzik & Muzik Aktif di Kuala Lumpur... Pssstt,(baju untuk show ni baru je beli mlm td..last customer n last minute tu.. ) hehehhe

Haaa, yang ni GOOD NEWS..

Khas untuk pengguna MAXIS sahaja, sekarang boleh dapatkan download caller ringtone lagu terbaru Sheila, Pengkhianat Cinta secara PERCUMA! Diulang, secara PERCUMA!! FREE!!

Caranya:

1. Tekan *100#

2. Tekan 2 (Free CRT)

3. Pilih lagu "Pengkhianat Cinta"

4. DONE!! ;)

jumpa lagi on my next post!

Salam..

Wednesday, June 30, 2010

"Pengkhianat Cinta"

Hi... for this entry just intro for my new single "Pengkhianat Cinta"..
Lagu ni dah pun Sheila hantar ke radio station and now just waiting for them to play the song..
Single album ni x jual kt pasaran tp klu korang nak tengok cover dia, ni ade...

cantik x? Sheila x berapa suka untuk keluar secara single mcm ni sbnrnya.. yelah, x puas dgr n even Sheila sendiri rasa mcm nak rakam lagu banyak2, seronok masuk studio... sedap..!hahaha..


TApi, klu rakam lagu banyak2 pun bukannya semua keluar radio.. just i or 2 shj.. so,'agak' membazir la kalau buat full album.. lagu yang dibeli dan dirakam smpi lebam mata nak siapknnya,x kuar radio dan x dpt promosi lebih2..(kesian kat artis, lagi2 komposer x leh nak cr mkn kt royalti kaaannn)


Lagipun bukannya ramai yang nak beli cd sekarang ni.. Semua nak free, and dgn technology yg semakin berkembang pesat memesat ni, semua boleh download je (nak isi kt ipod la,hp la,laptop la,thumb drive la...n bla..bla..bla..) .. klu beli cd,pastu transfer lagu msuk dlm thumb drive kn bnyk keje. baik download je.... tapi klu Sheila lagi suka beli album and simpan wat kenang2 an album artis yang Sheila minat.. puas hati! hehe..


X salahkan technology, dorang ni bnyk membantu..(kalau x cmne nak update blog dan bermuka buku kaaannn..;D)

so 1 cara je la, dengan penjualan lagu dalam bentuk digital..
tau x maksudnya mcm mane? kita jual dalam bentuk caller ringtone & ringtone... x mahal pun untuk men-download.. cuma dr situ je lah untuk artis2 sekarang ni collect royalties..
haaa...by the way, Sheila selitkan sekali code untuk download ring back tone for my new song kt cni.. itu diaa



(PENGKHIANAT CINTA by Sheila Abdul)

To Download RingbackTone:

CELCOM CMT
Taip CMT 78599 dan hantar ke 22990

MAXIS
Taip *131*166589# dan tekan CALL/SEND

DIGI
Taip CT 0085120 dan hantar ke 2000

U-MOBILE
Taip CT 221774 dan hantar ke 28118




Dah dapat? ok.. hopefully u all suka with my new song..
Enjoy it guys!


Monday, March 1, 2010

back from Camp...

Assalamualaikum semua....

Dua hari yang lepas, Sheila baru je balik dari kem anjuran sebuah university Kem tu berjalan selama 3hari 2 malam. X ramai yang join x tau lah kenapa. Padahal bayaran nya x sampai RM50. Banyak jugak yang Sheila belajar disitu. It's more to islamic camp which is good actually for me and all the students utk meningkatkan our knowledges tentang 'Islam' but apa yang menghairankan saya ialah ada ramai di kalangan pelajar yang follow the camp sembahyang dengan make up masih lagi terletak cantik di muka.

Memang lah dalam islam sendiri menggalakkan umatnya mencantikkan diri lagi2 ketika kita menghadap Allah S.W.T tetapi selagi bahan2 di dalam alat2 make up itu sah pada syarak. Apa yang Sheila tahu, make up zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua ada bahan yang tak boleh dipakai ketika solat. Sheila bersangka baik juga mungkin mereka gunakan make up yang boleh dipakai ketika solat ataupun kandungan make up nya halal dibawa bersolat, tapi yang x sedapnya, semua pakai make up keluaran luar negara yang mana memang kandungan dalam tu x boleh dibawa bersolat.

Pada pendapat u all apa hukum kalau sembahyang tapi make up masih terletak, they put on their mascara and celak yang mana make up semua tu ada chemical yang x boleh dipakai semasa mengadap allah S.W.T? adakah air sembahyang tu sampai ke kulit muka? wallahualam..

Sheila sendiri agak pelik sebenarnya, kenapa takde dikalangan facilitator menegur pelajar2 tersebut..
Bukanlah Sheila bercakap begini atas tujuan mencari silap ataupun apa, sedar kekurangan diri dan ibadah diri sendiri pun tak tahu diterima Tuhan ataupun tidak, tapi tujuannya adalah harap2 dikalangan kita sedar tentang penggunaan cosmetic yang x boleh dipakai ketika solat.

Harap2 ramai juga dikalangan kita yang mengeluarkan lagi product2 make up yang boleh dipakai ketika solat. Moga2 diatas kepekaan kita, dapat menyempurnakan lagi ibadah kita dan diterima olehNya.



Baiklah, habis di topik itu kini tiba pula topik dimana ketika mendengar ceramah. Respect and thankful for the time n ilmu yang diberi oleh penceramah. Ceramah yang disediakan alhamdulillah, ada dikalangan penceramah yang memberikan ceramah dalam konteks yang sangat ringkas dan mudah diterima, tetapi ada juga yang menyampaikan dalam konteks yang boleh dikatakan 90% menceritakan kehebatan diri dan juga schedule beliau pergi ke negara sini dan sana dan hanya 10% ceramah motivasi yang diberi kepada pelajar. Penceramahnya memang hebat dan pengalamannya layak dijadikan semangat dan panduan kepada pelajar demi menjadi generasi hebat.

Pada pendapat saya, pelajar memang memerlukan motivator yang hebat untuk dijadikan contoh, x kira dari segi akademik, pengetahuan Islam mahupun aktiviti sosial, tetapi jika keterlaluan menceritakan tentang kehebatan diri takut disalah ertikan oleh yang mendengar.

Mungkin apa yang ingin disampaikan ialah mahu pelajar menjadi kuat dan berwawasan seperti beliau, tetapi cara penyampaian pengalaman diri beliau sesekali kedengaran takbur yang membuatkan Sheila sendiri jelak medengarnya. Kadangkala kehebatan diri x perlu diceritakan satu persatu kerana walaupun mungkin tujuan asalnya baik tetapi kadangkala kesannya bleh menjadi kurang elok dan akhirnya membuat orang memandang dengan persepsi yang buruk.


Saturday, February 20, 2010

♥ New status ♥

HOla....
Perkembangan terbaru, Sheila sebenarnya baru sahaja merakamkan single terbaru Sheila di Bandung baru2 ni..Pengalaman yang menarik sebab dapat bekerja dengan orang2 bukan senegara, bekerja di tempat orang dan juga melawat tempat orang. Alhamdulillah walaupun ada masalah di sana sini, tapi semua berjalan dengan lancar, lagi2 Sheila dibantu oleh Purple Dot Agency, company yang managing my career...

So far,lagunya dah pun didengarkan dengan teman2 rapat,dan komen yang Sheila dapat sangat memberangsangkan.. YES! hahaha....x sabar nk kasi u all dengar lagu terbaru Sheila. Tunggu k lagu tu keluar kat radio!! Hopefully, dapat diselesaikan semua proses dengan cepat.

Anyway,kali ni bukan nak menceritakan dengan u all tentang lagu sahaja, tapi tentang kehidupan baru sheila sebagai STUDENT.

Sheila sekarang dah pun melalui fasa baru sebagai pelajar universiti. Seronok sebab dapat ilmu,banyak kawan baru dan dapat kenal pelbagai laku manusia kat dunia ni. Hmmm, mula2 dulu lepas SPM, memang Sheila planning nk further study n ada apply kat universiti, dalam bidang muzik. Tapi memandangkan masa tu Sheila dapat peluang daripada Abg D (Adnan Abu Hassan) untuk menjadi artis rakaman terpaksa la Sheila tangguhkan hasrat tu dulu.

So Sheila melalui fasa bekerja dulu,kutip pengalaman sebelum continue study. Tapi hasrat nak further study tu x lah mati kat situ je. Thank God sebab akhirnya sampai juga masa Sheila untuk Sheila kembali jadi STUDENT.

Masa mula2 nak ambil keputusan nak belajar tu, banyak dugaannya, hanya Allah yang tahu. Tapi in the end, semua dugaan alhamdulillah dapat Sheila hadapi dengan bantuan Allah S.W.T. Yalah, setiap cubaan untuk melakukan kebaikan, pasti ada dugaannya.. Sheila rasa dapat hembus nafas selega2nya bila dah lepas semuanya. Syukur Tuhan masih sayangkan sheila.

Ok...panjang pulak celotehnya..haha!

Nak dipendekkan cerita,Sheila sekarang dah menjadi pelajar di "Management and Science University" yang terletak di seksyen 13 Sham Alam dalam jurusan Diploma in Event Management. Tapi sekarang Sheila kena bekerja lebih keras lah,memandangkan dah pegang 2 status sekarang iaitu sebagai pelajar dan juga penyanyi. At least, Sheila dapat ilmu di university dan ilmu di luar bila bekerja. ♥

Attached is some of the pictures from my photo album sepanjang orientation week Sheila di MSU.

First day orientation..hahaha!Serious look..



allright,see u guyz on my next post...muahsx!

XOXO ♥,
Sheila

Friday, January 1, 2010

Happy New Year!!

Alhamdulillah... Kita sudah pun melepasi fasa hidup bagi tahun 2009 dan genap lah setahun Sheila menulis blog yg x seberapa rajin dikemaskini ni....hehe! Sejak2 Sheila dh ade facebook,mcm dh lupa untuk update blog ni.... huhu!

Kalau di awal2 blog sheila dulu, Sheila mulakan post tentang azam tahun baru.. Kali ni xnak la bercakap tentang azam lagi.. Sheila nak bercerita sikit..

Sepanjang 21 tahun Sheila hidup kat muka bumi ni, ini kali pertama Sheila dapat rasakan perubahan dalam hidup iaitu pemikiran dan tindakan yang berubah tanpa Sheila sedari.. It's all about experience that has taught me a lot about life..

I feel so blessed with all the happiness, painful ,dan macam2 lagi keadaan yg berlaku dlm hidup Sheila.. ! It's like a dream bila kita jatuh dan boleh bangun semula dan mcm2 lagi...

Dan yang paling penting setiap inci kesalahan yg Sheila dah lakukan, Sheila anggap it's a valuable lessons for me ....Walaupun it's a negative experience...

We can't buy experience! So Sheila rasa kita tak sepatutnya regret with all mistakes yg kita pernah buat but ambil kesedaran dan cuba perbaiki diri untuk kejayaan dalam hidup..

We can't live without doing a mistake... Kita bukannya Malaikat... We are just human... But the thing is,we should always remember that school to not make mistakes,but make less,and less mistakes....

So now,i'm gonna end up my story with a quote for us~ Mistakes n failure is the best keys to succeed!

Hehe... Di kesempatan ni,Sheila ingin ucapkan Happy New Year to all of u and may all ur wishes come true!! XOXO

Assalamualaikum...

Friday, April 10, 2009

haiii...

Lama rasanya x update blog ni.. Huhu..! Skrg ni sheila masih lagi berehat di johor memandangkan baru je keluar dari hospital, operation for my appendics..

Skrg ni alhamdulillah, sheila dah ok.. and dh pn boleh aktif semula.... hihi! tapi seronok jugak kengkadang duduk kt hospital.. hehe! For this time x de ape nak diceritakan.. k lah,jumpa nanti...darrr

Sunday, February 15, 2009

Sehari di penjara

Semalam sheila dapat pengalaman baru dalam hidup. Sheila dpat rasakan walaupn sekejap di penjara. Tapi x la sampai masuk ke dalam jeriji besi tu. huhuhu...

Sheila dapat peluang masuk ke dlm penjara tu pn hanyalah sebab sheila diberi peluang untuk perform di Konsert anjuran Pahang FM di Penjara Penor...

Masa sheila perform kat sana hati sheila rasa puas sgt sebab dapat hiburkan penghuni penjara kat sana. Diorang jarang dapat peluang untuk tgk live show mcm kita semua ni kt luar.

Agak sayu jgk lah setiba sheila kat perkarangan penjara tu ,yelah memandangkan mereka kat sane x dpt mengisi hari2 mereka macam kita semua .. Kita boleh jumpa family sekerap kita mahu, kwn2, buat ape yang kita suka tapi apa yang diorang boleh buat hanyalah aktiviti yang dah dijadualkan oleh pihak penjara.. kesian sebenarnya..

Tapi mcm manapun diorang tetap manusia biasa kan... Cuma yang membezakan kita apa yang kita lalui dan apa yang kita dah lakukan dulu... Oklah, Kali ni Sheila x dapat nak postkn gambar sekali sebab kawalan ketat kat sana. Banyak benda tak dapat bawa masuk camera, hp, jadi boleh share story je lah..

Lepas sheila buat persembahan Sheila dpt souvenir hasil kraftangan mereka di penjara. Kreatif jugala..

Apa pn, Sheila ucapkan terima kasih pada kakitangan Penjara Penor dan juga Pahang Fm atas layanan baik mereka...

k,Assalamualaikum....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...