semoga semua dalam gembira
lama sudah kita nantikan
lerailah semua jiwa insan
Si miskin kais pagi makan pagi
tak mungkin dapat menghiburkan hati
kerananya tak berkemampuan
alangkah sedihnya mereka
Marilah kita berdoa
sempena hari yang mulia
jangan kita asyik gembira
oh insaflah pada yang tiada
Sempena hari yang mulia ini
tinggikan budi dan juga peribadi
dengarkanlah saudara budiman
laguku di hari yang mulia....
Terbayang.. Apakah rasanya menyambut hari raya tanpa keluarga di sisi.. Ibu bapa yang sudah tiada atau hilang entah ke mana.. Cuma bersama rakan-rakan.. Atau bersama keluarga angkat.. Atau menumpang kasih di mana-mana..
Itulah yang Sheila cuba selami perasaan hampir berpuluh-puluh orang anak yatim yang terlibat dalam program berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran beberapa stesen radio. Terlihat satu kesunyian di wajah mereka yang hidup bersendirian tanpa kasih sayang ibu bapa sebenar.
Sheila ckup kesian dgn adik2 kecil tu..
Paling touching, adik Alisya yang Sheila jumpa di majlis bebuka puasa bersama Muzik FM di Menara KL. Umur br je umur 4 tahun dan Sheila tengok dia suka sangat berlari ke sana sini tanpa memahami apa yang dialami nya...
Sheila nak kongsi perbualan pendek dgn adik Alisya yang takkan Sheila lupakan......
Alisya: Auntie, nama auntie siapa?
Sheila: Nama auntie Sheila.
Alisya: Huh?? nama auntie sama dgn mama kita
..dengan percakapan yang masih pelat, terus peluk Sheila.. Issskkk.. Sheila rasa mungkin dia rindukan mamanya.. terasa luluh hati Sheila membayangkan apa yang dirasakannya....
Anak sekecil tu pun tahu bagaimana rasanya ketiadaan ibu bapa apakan lagi orang dewasa yang sudah faham lumrah duniawi..
Syarikat rakaman Sheila pula anjurkn majlis berbuka puasa bersama orang-orang tua.. Seronok melayan cerita atuk2 dan nenek2 tu. Alangkah indahnya kita sebagai anak dapat beraya bersama ibu bapa dan mereka sebagai orang tua kita dapat beraya bersama anak mereka..
Hari raya bukannya tiap2 bulan.. Setahun sekali je, tapi ada jugak yang tak mahu meraikannya bersama keluarga, dilontar jauh2 ingatan yang terdetik dihati terhadap kedua orang tua..
Sheila kenal beberapa kawan rapat yg sudah tiada ibubapa, menangis kesunyian di pagi raya. Tapi kita yang masih ada ibubapa ni, kdg2 terlupa kehadiran mereka dlm hidup kita.
pesan Sheila buat diri sendiri dan anda semua yang masih ada ibu bapa....
..hargailah mereka dan jangan sia-siakan peluang yang ada.. jika sampai masa diantara kita atau mereka pergi dulu, nak disesalkan tak ada gunanya..
buat masa ni, Alhamdulillah.. Sheila dah pun sampai di Johor untuk berpuasa dan beraya bersama keluarga... nikmatnya berpuasa bersama keluarga.. jadi, InsyaAllah jika diberi keizinan oleh-Nya dapatlah Sheila beraya bersama keluarga dan ibu bapa tercinta ...
Akhir sekali,
SELAMAT 'IDUL FITRI ikhlas daripada Sheila..
p/s* pandu kereta dengan selamat, dan hati2 di jalan raya dalam perjalanan ke kampung k.. ;)
1 comment:
sedih2~~~ slamat hari raya ila.... jmput la dtg beraya kat umah...
Post a Comment