بسم الله الرحمن الرحيم
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sesungguhnya kata-kata Allah itu benar.. Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam pembalasan.
Alhamdulillah..
Kata-kata nasihat yang dilemparkan oleh seorang teman mlm td membuatkn hari ni Sheila lebih tenang.. Walaupun semalam agak terganggu gara2 'berita' yang 'sebegitu rupa'...
Sheila tak pernah berhadapan dengan situasi ini. Syukur, keluarga dan orang terapat masih mempercayai dan menyokong Sheila..Dan harap-harap Sheila tak kan berhadapan lagi dengan perkara sebegini.
Lagipun Sheila ada target. Bukan selamanya nak menyanyi.. Satu hari nanti Sheila akan tinggalkan industri, dan Sheila tak nak tinggalkan dengan ingatan yang buruk terhadap Sheila.. :'(
Kalau Sheila ada buat salah tanpa disedari, Sheila minta maaf.. Mungkin Sheila pernah mengecilkn hati org tanpa disedari..
Kdg2 kita tak sedar perbuatan kita membuatkn org tersinggung.. Lanjutan itu lah yang boleh menimbulkan dendam.. Dendam itu yang menghasilkan fitnah.. Fitnah itu yang membawa kehancuran..
Lalu balik kepada asalnya, memaafkan adalah ubat hati yang terbaik..
OKAY lah.
Hari ni Sheila ada recording Raya bersama Radio Muzik & Muzik Aktif di Kuala Lumpur... Pssstt,(baju untuk show ni baru je beli mlm td..last customer n last minute tu.. ) hehehhe
Haaa, yang ni GOOD NEWS..
Khas untuk pengguna MAXIS sahaja, sekarang boleh dapatkan download caller ringtone lagu terbaru Sheila, Pengkhianat Cinta secara PERCUMA! Diulang, secara PERCUMA!! FREE!!
Caranya:
1. Tekan *100#
2. Tekan 2 (Free CRT)
3. Pilih lagu "Pengkhianat Cinta"
4. DONE!! ;)
jumpa lagi on my next post!
Salam..
No comments:
Post a Comment