Tuesday, December 21, 2010
Hidup penuh PANCAROBA. eceh!
Saturday, November 27, 2010
Dataran Kulai
Okaylah2.... Sheila memang dh sgt lama x update blog ni. Bz dgn assignment dan kerja smpi terlupa nk bukak blog ni.. hehe!
Ok, for this entry Sheila just nak cakap yang Sheila baru je bawak ggirl ke KL semula. Dia ni mmg sangat manja dan degil macam Sheila jugak (bak kata ibu Sheila lah)...huhu
Dia dah lama sgt duduk kat johor (xde lah lama sbnrnya, dlm dekat setahun..kira lama ke tu?huhu)
Jadi sekarang dia dah pun duduk kt KL dengan Sheila....
Inilah Ggirl yg Sheila maksudkn...
Comel x? haaa... pandai x dia blakon buat muka sedih? overr tauuu... hehe
Okaylah, cerita tadi memang tiada kaitan dengan tajuk. ahah! Berbalik kepada tajuk for this post, DATARAN KULAI. Yes, di Johor!
Sheila akan membuat persembahan disana esok malam bersamaan dengan 27/11/10.
Jadi, orang2 Kulai mari datang memeriahkan acara! Ramai lagi artis yang akan buat persembahan. Jumpa disana!!
Ok...!!
Hugs *__*
Friday, October 8, 2010
Lirik lagu 'Pengkhianat Cinta'
Aku cintai sepenuh hati
Kini takkan lagi ku kagumi
Keindahan dirimu
Kau yang dulu pernah
Aku sayangi setulus hati
Kini takkan lagi kukagumi
Keindahan dirimu
C/O* Dulu engkau sang juara
Diantara lelaki yang pernah ada
Namun nyatanya kau seorang
Pengkhianat cinta
Dulu engkaulah idaman
Yang kubanggakan pada semua orang
Namun nyatanya kau seorang
Pengkhianat cinta oh.......
(repeat)
Thursday, September 9, 2010
'Idul Mubarak
Disini, Sheila seikhlasnya ingin memohon maaf zahir & batin sekiranya ada yang tersinggung, terluka, atau pun berkecil hati ats keterlanjuran laku dan kata Sheila selama Sheila hidup di dunia ni....
Sesungguhnya kita sbg manusia ni tidak lepas dr melakukan khilaf...
dan..
p/s* Buat yg memandu, berhati2 dan yg dh kt kampung, x yah main mercun sangatlah! hehe.. apa2 pun semoga raya anda kali ini lebih ceria dan meriah,..! sekali lagi dari Sheila, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!
upppss! yer.. another p/s*..hehe! esok Sheila post gambar raya Sheila okay!
XOXO,
Salam..
Monday, September 6, 2010
Hidup Tanpa Keluarga
semoga semua dalam gembira
lama sudah kita nantikan
lerailah semua jiwa insan
Si miskin kais pagi makan pagi
tak mungkin dapat menghiburkan hati
kerananya tak berkemampuan
alangkah sedihnya mereka
Marilah kita berdoa
sempena hari yang mulia
jangan kita asyik gembira
oh insaflah pada yang tiada
Sempena hari yang mulia ini
tinggikan budi dan juga peribadi
dengarkanlah saudara budiman
laguku di hari yang mulia....
Terbayang.. Apakah rasanya menyambut hari raya tanpa keluarga di sisi.. Ibu bapa yang sudah tiada atau hilang entah ke mana.. Cuma bersama rakan-rakan.. Atau bersama keluarga angkat.. Atau menumpang kasih di mana-mana..
Itulah yang Sheila cuba selami perasaan hampir berpuluh-puluh orang anak yatim yang terlibat dalam program berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran beberapa stesen radio. Terlihat satu kesunyian di wajah mereka yang hidup bersendirian tanpa kasih sayang ibu bapa sebenar.
Sheila ckup kesian dgn adik2 kecil tu..
Paling touching, adik Alisya yang Sheila jumpa di majlis bebuka puasa bersama Muzik FM di Menara KL. Umur br je umur 4 tahun dan Sheila tengok dia suka sangat berlari ke sana sini tanpa memahami apa yang dialami nya...
Sheila nak kongsi perbualan pendek dgn adik Alisya yang takkan Sheila lupakan......
Alisya: Auntie, nama auntie siapa?
Sheila: Nama auntie Sheila.
Alisya: Huh?? nama auntie sama dgn mama kita
..dengan percakapan yang masih pelat, terus peluk Sheila.. Issskkk.. Sheila rasa mungkin dia rindukan mamanya.. terasa luluh hati Sheila membayangkan apa yang dirasakannya....
Anak sekecil tu pun tahu bagaimana rasanya ketiadaan ibu bapa apakan lagi orang dewasa yang sudah faham lumrah duniawi..
Syarikat rakaman Sheila pula anjurkn majlis berbuka puasa bersama orang-orang tua.. Seronok melayan cerita atuk2 dan nenek2 tu. Alangkah indahnya kita sebagai anak dapat beraya bersama ibu bapa dan mereka sebagai orang tua kita dapat beraya bersama anak mereka..
Hari raya bukannya tiap2 bulan.. Setahun sekali je, tapi ada jugak yang tak mahu meraikannya bersama keluarga, dilontar jauh2 ingatan yang terdetik dihati terhadap kedua orang tua..
Sheila kenal beberapa kawan rapat yg sudah tiada ibubapa, menangis kesunyian di pagi raya. Tapi kita yang masih ada ibubapa ni, kdg2 terlupa kehadiran mereka dlm hidup kita.
pesan Sheila buat diri sendiri dan anda semua yang masih ada ibu bapa....
..hargailah mereka dan jangan sia-siakan peluang yang ada.. jika sampai masa diantara kita atau mereka pergi dulu, nak disesalkan tak ada gunanya..
buat masa ni, Alhamdulillah.. Sheila dah pun sampai di Johor untuk berpuasa dan beraya bersama keluarga... nikmatnya berpuasa bersama keluarga.. jadi, InsyaAllah jika diberi keizinan oleh-Nya dapatlah Sheila beraya bersama keluarga dan ibu bapa tercinta ...
Akhir sekali,
SELAMAT 'IDUL FITRI ikhlas daripada Sheila..
p/s* pandu kereta dengan selamat, dan hati2 di jalan raya dalam perjalanan ke kampung k.. ;)
Monday, August 2, 2010
Masih Di sini
بسم الله الرحمن الرحيم
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wednesday, June 30, 2010
"Pengkhianat Cinta"
Monday, March 1, 2010
back from Camp...
Dua hari yang lepas, Sheila baru je balik dari kem anjuran sebuah university Kem tu berjalan selama 3hari 2 malam. X ramai yang join x tau lah kenapa. Padahal bayaran nya x sampai RM50. Banyak jugak yang Sheila belajar disitu. It's more to islamic camp which is good actually for me and all the students utk meningkatkan our knowledges tentang 'Islam' but apa yang menghairankan saya ialah ada ramai di kalangan pelajar yang follow the camp sembahyang dengan make up masih lagi terletak cantik di muka.
Memang lah dalam islam sendiri menggalakkan umatnya mencantikkan diri lagi2 ketika kita menghadap Allah S.W.T tetapi selagi bahan2 di dalam alat2 make up itu sah pada syarak. Apa yang Sheila tahu, make up zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua ada bahan yang tak boleh dipakai ketika solat. Sheila bersangka baik juga mungkin mereka gunakan make up yang boleh dipakai ketika solat ataupun kandungan make up nya halal dibawa bersolat, tapi yang x sedapnya, semua pakai make up keluaran luar negara yang mana memang kandungan dalam tu x boleh dibawa bersolat.
Pada pendapat u all apa hukum kalau sembahyang tapi make up masih terletak, they put on their mascara and celak yang mana make up semua tu ada chemical yang x boleh dipakai semasa mengadap allah S.W.T? adakah air sembahyang tu sampai ke kulit muka? wallahualam..
Sheila sendiri agak pelik sebenarnya, kenapa takde dikalangan facilitator menegur pelajar2 tersebut..
Bukanlah Sheila bercakap begini atas tujuan mencari silap ataupun apa, sedar kekurangan diri dan ibadah diri sendiri pun tak tahu diterima Tuhan ataupun tidak, tapi tujuannya adalah harap2 dikalangan kita sedar tentang penggunaan cosmetic yang x boleh dipakai ketika solat.
Harap2 ramai juga dikalangan kita yang mengeluarkan lagi product2 make up yang boleh dipakai ketika solat. Moga2 diatas kepekaan kita, dapat menyempurnakan lagi ibadah kita dan diterima olehNya.
Baiklah, habis di topik itu kini tiba pula topik dimana ketika mendengar ceramah. Respect and thankful for the time n ilmu yang diberi oleh penceramah. Ceramah yang disediakan alhamdulillah, ada dikalangan penceramah yang memberikan ceramah dalam konteks yang sangat ringkas dan mudah diterima, tetapi ada juga yang menyampaikan dalam konteks yang boleh dikatakan 90% menceritakan kehebatan diri dan juga schedule beliau pergi ke negara sini dan sana dan hanya 10% ceramah motivasi yang diberi kepada pelajar. Penceramahnya memang hebat dan pengalamannya layak dijadikan semangat dan panduan kepada pelajar demi menjadi generasi hebat.
Pada pendapat saya, pelajar memang memerlukan motivator yang hebat untuk dijadikan contoh, x kira dari segi akademik, pengetahuan Islam mahupun aktiviti sosial, tetapi jika keterlaluan menceritakan tentang kehebatan diri takut disalah ertikan oleh yang mendengar.
Mungkin apa yang ingin disampaikan ialah mahu pelajar menjadi kuat dan berwawasan seperti beliau, tetapi cara penyampaian pengalaman diri beliau sesekali kedengaran takbur yang membuatkan Sheila sendiri jelak medengarnya. Kadangkala kehebatan diri x perlu diceritakan satu persatu kerana walaupun mungkin tujuan asalnya baik tetapi kadangkala kesannya bleh menjadi kurang elok dan akhirnya membuat orang memandang dengan persepsi yang buruk.
Saturday, February 20, 2010
♥ New status ♥
So far,lagunya dah pun didengarkan dengan teman2 rapat,dan komen yang Sheila dapat sangat memberangsangkan.. YES! hahaha....x sabar nk kasi u all dengar lagu terbaru Sheila. Tunggu k lagu tu keluar kat radio!! Hopefully, dapat diselesaikan semua proses dengan cepat.
Anyway,kali ni bukan nak menceritakan dengan u all tentang lagu sahaja, tapi tentang kehidupan baru sheila sebagai STUDENT.
Sheila sekarang dah pun melalui fasa baru sebagai pelajar universiti. Seronok sebab dapat ilmu,banyak kawan baru dan dapat kenal pelbagai laku manusia kat dunia ni. Hmmm, mula2 dulu lepas SPM, memang Sheila planning nk further study n ada apply kat universiti, dalam bidang muzik. Tapi memandangkan masa tu Sheila dapat peluang daripada Abg D (Adnan Abu Hassan) untuk menjadi artis rakaman terpaksa la Sheila tangguhkan hasrat tu dulu.
So Sheila melalui fasa bekerja dulu,kutip pengalaman sebelum continue study. Tapi hasrat nak further study tu x lah mati kat situ je. Thank God sebab akhirnya sampai juga masa Sheila untuk Sheila kembali jadi STUDENT.
Masa mula2 nak ambil keputusan nak belajar tu, banyak dugaannya, hanya Allah yang tahu. Tapi in the end, semua dugaan alhamdulillah dapat Sheila hadapi dengan bantuan Allah S.W.T. Yalah, setiap cubaan untuk melakukan kebaikan, pasti ada dugaannya.. Sheila rasa dapat hembus nafas selega2nya bila dah lepas semuanya. Syukur Tuhan masih sayangkan sheila.
Ok...panjang pulak celotehnya..haha!
Nak dipendekkan cerita,Sheila sekarang dah menjadi pelajar di "Management and Science University" yang terletak di seksyen 13 Sham Alam dalam jurusan Diploma in Event Management. Tapi sekarang Sheila kena bekerja lebih keras lah,memandangkan dah pegang 2 status sekarang iaitu sebagai pelajar dan juga penyanyi. At least, Sheila dapat ilmu di university dan ilmu di luar bila bekerja. ♥
Attached is some of the pictures from my photo album sepanjang orientation week Sheila di MSU.
First day orientation..hahaha!Serious look..
allright,see u guyz on my next post...muahsx!
XOXO ♥,
Sheila
Friday, January 1, 2010
Happy New Year!!
Dan yang paling penting setiap inci kesalahan yg Sheila dah lakukan, Sheila anggap it's a valuable lessons for me ....Walaupun it's a negative experience...
We can't live without doing a mistake... Kita bukannya Malaikat... We are just human... But the thing is,we should always remember that school to not make mistakes,but make less,and less mistakes....
Assalamualaikum...